24 Oktober 2010 - 20:30

Ayatullah al-Uzma Subhani memuji pernyataan Syaikh al-Azhar Ahmad Tayyib tentang pengkafiran Syiah dan perpaduan umat.

Agensi Berita Ahlul Bait (Abna)- Ayatullah al-Uzma Subhani dalam pesanan kepada Syaikh al-Azhar menyatakan, "Persepsi tenang anda tentang seluruh firqah Islam seperti Mazhab Syiah menyenangkan hati kami".

Dalam pesanan ini beliau menyatakan, "Sebelum anda beberapa ulama Syiah dan Sunni, seperti marji' besar Syiah Allamah Sayed Husain Burujerdi, Mahmud Syaltut Syaikh al-Azhaz juga menekankan pentingnya perpaduan umat Islam dan anda juga merupakan sebaik-baik pengganti mereka".

Ayatullah al-Uzma ja'far Subhani menegaskan lagi, "Musuh berusaha mencucuh api perseteruan dan perselisihan antara firqah-firqah Islam dengan menyebarkan berbagai propaganda. Kaum mukminin yang taat beragama dan para muballigh pendekatan antara mazhab hendaklah berusaha menguatkan perpaduan umat Islam di bawah naungan aqidah Tuhan yang esa, Quran dan Rasulnya".

Marji'Syiah ini sambil mengungkapkan ayat 92 surah al-Anbiya «إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ» menegaskan bahawa umat Islam adalah umat yang satu dan ulama Islam tidak berselisih bahawa Muhammad (saw) adalah nabi buat seluruh firqah dan mazhab Islam meskipun dikalangan mereka mempunyai tafsiran yang berbeza.